| Peranan Sembahyang itu Besar - 3762 sec Bersidanglah ribuan para ilmuwan dan cerdik pandai Islam
dari semua negara2 OIC serta dari negara2 maju lain.
Bersidanglah dan berdiskusilah hingga nampak jelas
mana yang paling hebat berhujah, paling bernas ideanya
untuk memajukan umat Islam seluruh dunia, mengeluarkan
umat Islam dari sangkar kemiskinan dan penjajahan, dari
pemerintah yang menekan.
Tidak akan selesai masalah umat Islam, jika perkara
paling asas iaitu SEMBAHYANG tidak diambil perhatian.
Senjata untuk menjadikan umat Islam mencapai
kemenangan di dunia zahir yg sempit ini adalah BAIKI DIRI,
SEMBAHYANG AWAL WAKTU, DAN BERJEMAAH
kerana berjemaah itu hukumnya WAJIB.
Hakikatnya, kini...kehadiran hati dan Roh sembahyang sudah
pupus dari hati2 umat. Roh Al Quran dan sunnah
sudah tinggal kenangan. Rasulullah SAW sudah mengingatkan
dalam hadis2 bahawa kekhusyukan umat dalam solat
akan pupus pada akhir zaman.
Umat Islam yg sedar perkara ini pun tidak berapa
serius untuk mengembalikan roh solat itu pada
diri masing2. Sembahyang dilakukan dengan penuh malas,,
kadang2 penuh benci....malah begitu ramai yg terus meninggalkannya.
Bagi yg bersolat,sembahyang sekarang hanya sekadar
ungkapan-ungkapan yang fungsinya
sudah tinggal kenangan..
APAKAH ITU SEMBAHYANG?
Sembahyang itu simbol kerinduan, kecintaan, kemahabaikan, tanggungjawab dan belas
kasihan Tuhan kepada para insan Muslim ciptaanNya
Ia ialah pertemuan, perbincangan, pengaduan, harapan
dan jaminan Tuhan kepada hamba-hambaNya.
Ia satu projek agung antara hamba dengan TUHAN EMPUNYA ALAM
Dari situ manusia akan mendapat kekayaan paling asasi iaitu...
sifat TAQWA
Inilah harta HATI yg termahal, tidak senilai dengan kekayaan
seluruh isi bumi dan langit...
bacaan penuh : http://heliconia.wordpress.com/mikraj-solat/ Auteur : CintaAgung Tags: Hambakah Kita?  | | Sembahyang mikraj pembakar Mazmumah video 2 - 1352 sec Jadi, para pengasas Budha, Hindu, Konfusius mungkin, adalah nabi. Tetapi apabila mereka mati, oleh kerana para pengikut sayang dengan mereka, maka orang ramai membuat kesilapan dengan menuhankan mereka. Oleh kerana itulah, kalau kita membaca tentang agama Budha, Hindu terdapat ajaran-ajaran di dalamnya, terutama mengenai akhirat sama dengan ajaran Tuhan. Oleh kerana mereka di 'tuhan'kan, sedangkan Tuhan mesti disembah dan dibesarkan, maka cara menyembah 'Tuhan' itu direka-reka. Timbullah penyembahan dan ibadah dari mereka. Walaupun asalnya mungkin peribadi itu nabi. Ajarannya itu sesuai dengan ajaran Tuhan, tetapi orang yang kemudian menuhankan mereka. Maka, cara mana mahu membesarkan, mengagungkan dan menyembah mereka, itulah yang direka-reka. Akhirnya, lahirlah penyembahan yang sesat. Padahal sumber agama itu tidak sesat. Mungkin dia nabi.
Agama Animisme itu pula lahir daripada rasa berTuhan. Ibadahnya langsung tidak bersumberkan apa-apa. Animisme ini banyak dibuat oleh orang-orang asli. Jadi, daripada rasa berTuhan itu, lahirlah keinginan mahu membesarkan Tuhan, mahu Tuhan itu disembah, maka cara membesarkan dan menyembah 'Tuhan' itu direka-reka. Agama jenis ini lebih mengarut dan lebih sesat lagi.
Kedatangan Rasulullah saw adalah Rasul yang terakhir, yang membawa agama Tuhan yang paling sempurna dan paling global. Agama untuk semua etnik, semua kaum dan semua bangsa. Walapun begitu, apabila zaman sudah jauh, masa sudah beredar, keadaan sudah berubah, maka agama yang sudah ditinggalkan Rasulullah saw pada umatnya 1500 tahun dahulu, mungkin agama ini sudah cacat. Dicacatkan oleh cinta dunia, dicacatkan oleh kejahilan, dicacatkan oleh setengah faham, setengah tidak faham, dicacatkan oleh mazhab yang datang kemudian. Maka kalau kita kategorikan umat Islam hari ini, entah berapa banyak kategori.
Oleh kerana Islam sudah jauh dari Rasulullah saw, maka boleh disebut begini:
1. Atas dasar keturunan.
Ada yang mengaku Islam atas dasar keturunan. Sedangkan dia sendiri tidak tahu sama ada dia Islam atau tidak.
2. Islam akidah sahaja.
Golongan ini, hanya tinggal akidahnya sahaja Islam. Akidahnya betul, mengenal Tuhan betul tetapi tidak ada syariat lagi, sehingga sembahyang pun tidak dilaksanakan. Dia masih orang Islam, tetapi masuk neraka lama sangat.
3. Orang Islam yang zalim atau fasik
Akidahnya betul, mengenal Tuhan pun betul. Tetapi syariat yang diambil hanya bidang ibadah sahaja. Bidang-bidang lain seperti ekonomi, pendidikan, perhubungan, semuanya tidak mengikut syariat. Bab nikah kahwin tidak mengikut syariat. Tinggal ibadah saja. Kategori ini termasuk orang zalim atau fasik.
4. Golongan yang fasik tetapi tipis.
Umat Islam yang akidahnya betul. Manakala syariatnya, disamping ibadah berlaku juga syariat dalam kehidupan. Tetapi tidak memikirkan apakah syariat itu dibuat dalam keadaan ria', sombong & hal-hal rohani yang penting secara lahir yang dilakukannya. Soal makan minum, pergaulan, sembahyang, puasa dia jaga, tanpa memikirkan riak ke?, kerana Tuhan ke?, kerana orang ke?. Ini termasuk orang-orang yang fasik, tetapi tidak setebal fasik tadi (kategori 3).
5. Kategori orang soleh
Orang Islam yang akidahnya betul dan menjalankan syariat, sama ada dibidang ibadah mahu pun dalam bidang kehidupan. Cuma dia khusyu', rasa takutkan Tuhan di waktu ibadah saja. Di luar sembahyang, di luar ibadah, tidak ada rasa takut, tidak rasa bertuhan. Kita anggap mereka orang soleh, tetapi bertaqwa belum.
6. Kategori orang bertaqwa
Orang yang dapat menghayati Tuhan waktu ibadah, takut dengan Tuhan di dalam dan luar ibadah. Tetapi dalam pada itu, ada lalainya, ada ketika lupa dengan Tuhan, sekali sekala dalam kehidupan dia lalai dengan Tuhan. Itu orang bertaqwa.
7. Kategori Siddiqin
Lahir dan batinnya dengan Tuhan. Sama ada dalam keadaan ibadah atau tidak ibadah, hatinya sentiasa dengan Tuhan. Lahir dan batin sama. Lahir menggambarkan batin dan batin menggambarkan lahir. Itu orang yang siddiqin. Mereka terdiri daripada kalangan Rasul-rasul, Nabi-nabi atau wali-wali besar.
Jadi, ilmu yang kita perkatakan ini untuk kita ketahui supaya kita faham mengapa adanya agama-agama yang sesat. Sebab fitrah semula jadi manusia itu rasa berTuhan. Kalau cacat pun, dia beragama. Sebab rasa berTuhan itu memang wujud. Jadi setelah kita mendengar kuliah tadi, kalau kita sebagai umat Islam yang sudah ditinggalkan jauh oleh Rasulullah saw, agak-agak kita di kategori mana? Nak dapat kategori taqwa susah, paling baik orang soleh saja, kebanyakan fasik, zalim. Nak pergi kepada kategori orang soleh dah susah.
Cetusan Minda Ust. Ashaari bin Muhammad - Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd Auteur : CintaAgung Tags: Teknologi untuk berhubung dgn Tuhan  | | sembahyang subuh kot... - 55 sec Ni anak saya masa umur 2 thn.. So cute. Sekarang dah besar.. Darjah 2 (2008). Make me cry while watching this video. Skrg dah besar.. Waktu2 camni tak akan berulang. Wahai ayah2 yang diluar sana tu, spend your time with your children.. Nanti bila mereka dah besar, semakin jauh dgn kita.. Auteur : mohdi5a Tags: sembahyang subuh solat Muhammad Hanis bin Mohd Isa Doa qunut  | | Ustaz Azhar Idrus - Blhkah Sembahyang Jamak Ketika Sakit - 180 sec Ustaz Azhar Idrus - (soalan) Blhkah Sembahyang Jamak Ketika Sakit Auteur : laguuntukmu Tags: Ustaz Azhar Idrus Blhkah Sembahyang Jamak Ketika Sakit  | | Sembahyang mikraj pembakar Mazmumah - 1411 sec KATEGORI MANUSIA BERAGAMA
Di antara nikmat yang pertama Tuhan anugerahkan kepada manusia, iaitu manusia diciptakan oleh Tuhan. Tetapi nikmat itu belum tentu menjadi rahmat, kerana nikmat dan rahmat ada perbezaan. Apabila disebut rahmat, ertinya termasuk nikmat. Tetapi apabila disebut nikmat, tidak semestinya bersama rahmat. Kita kena faham perkara ini.
Nikmat yang kedua daripada Tuhan setelah diciptakan manusia, iaitu rasa ber Tuhan. Rasa berTuhan merupakan nikmat kedua, belum tentu menjadi rahmat, sekadar nikmat saja.
Dari sinilah manusia mudah beragama, cuma agama tu benar atau tidak. Jadi rasa berTuhan itu fitrah. Manusia tidak boleh membohongi diri mereka sendiri. Kalau kita persoalkan, terdapat manusia yang tidak mempercayai Tuhan terutama orang yang berfahaman komunis, itu bohong. Dia marah dengan orang beragama, sebab orang beragama ada yang berbohong, menipu, merompak, membunuh samada agama yang hak atau yang sesat. Lantas mereka mengatakan Tuhan tidak ada. Sebenarnya tidak, mereka berkata begitu kerana marah dan sakit hati dengan orang yang beragama. Rasa berTuhan itu fitrah, nikmat kedua daripada Tuhan. Tetapi nikmat itu tidak semestinya menjadi rahmat.
Daripada rasa berTuhan ini, lahirlah agama, setidak-tidaknya 3 kategori agama:
1. Agama dari Tuhan.
Agama dari langit (dari Tuhan), agama yang diwahyukan daripada Tuhan dengan kedatangan Rasul-Rasul atau Nabi-Nabi.
2. Agama yang telah dirosakkan.
Asalnya agama dari langit, tetapi dalam jangka masa yang panjang agama tadi telah dirosakkan oleh penganut-penganutnya sendiri seperti agama Yahudi, Nasrani dan lain-lain.
3. Agama Animisme.
Ini berlaku kepada orang yang duduk di gunung-gunung, hulu-hulu yang tidak bercampur dengan orang lain. Contohnya orang asli. Oleh kerana rasa ber Tuhan itu wujud maka, mereka beragama mengikut rasa, mereka-reka agama tidak bersumberkan wahyu.
Agama yang rosak tadi, asalnya agama wahyu dari Tuhan yang disampaikan kepada Rasul-rasul, Nabi-nabi, tetapi dirosakkan oleh ulama-ulamanya dan parapengikut yang datang kemudian.
Sebagai orang berjuang, saya akan memberi ilmu, kerana kita berhadapan dengan manusia yang beragama bukan Islam atau orang yang tidak beragama.
Sebenarnya, agama yang asalnya dari langit yang dibawa oleh Rasul-rasul dan Nabi-nabi, itu benar. Tetapi dirosakkan oleh ulama-ulama atau para pengikutnya yang datang kemudian. Sama ada dirosakkan dengan sengaja atau tidak sengaja. Saya tidak sebut yang disengajakan, kerana hal itu memang dirancang, dibuat. Saya mahu memperkatakan, yang tidak disengajakan.
Nabi-nabi banyak diutus oleh Tuhan. Ada riwayat yang mengatakan bilangan nabi-nabi seramai 124 ribu (124000). Sedangkan agama yang Tuhan turunkan kepada mereka, untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain. Tetapi tidak salah untuk disampaikan kepada orang lain dan tidak salah pula, orang lain mengikutnya. Jadi, Nabi-nabi ini, tidak mengembangkan agama pada orang lain sebab tidak wajib bagi mereka. Tetapi oleh kerana agama yang dibawa itu daripada Tuhan, mereka berakhlak tinggi, mereka tawadhuk, tidak mengganggu orang bahkan orang hormat dan sayang pada mereka. Jadi apabila mereka mati, oleh kerana mereka menolong orang, menyelamatkan orang, berbuat baik, bertolak-ansur pada orang, maka nabi-nabi itu di 'Tuhan' kan orang. Jadi lahirlah agama baru seperti agama Budha, Hindu, dan lain-lain. Sebab itu Gautama Budha, mungkin seorang nabi. Tetapi selepas kematiannya, orang menjadikannya sebagai 'Tuhan' . Orang yang selepas kematiannya itu yang sesat. Sedangkan dia tidak sesat. Auteur : CintaAgung Tags: Teknologi untuk berhubung dgn Tuhan  | | pak arab drift lepas sembahyang - 106 sec trus drift lpas smayang Auteur : hafizsafuan Tags:gooddd  | | pak arab drift lepas sembahyang 2 wooow - 334 sec Arab trus drift lpas smayang 2 woow best Auteur : TheRealStory2008 Tags: pak arab drift lepas sembahyang  | | Sejadah Sembahyang - 61 sec THIS IS REALITY.
MUSLIMIN, MUSLIMAN,
INSAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAFF!! Auteur : fifiliciouss Tags:sejadah sembahyang fifi fifilicious  | | Ustaz Aqil Hayy Rawa - Tsunami & Sembahyang - 241 sec Ustaz Aqil Hayy Rawa - Tsunami & Sembahyang Auteur : TriviaTriviaTrivia Tags:Ustaz Aqil Hayy Rawa Tsunami Sembahyang malay melayu islam malaysia  | | SEMBAHYANG PURA-PURA - 248 sec MUSIC VEDIO ACEH Auteur : intan31 Tags:MUSIC VIDEO ACEH  | | Sembahyang kita diambil dari yahudi purba. - 143 sec How did Jesus pray?
Based on the article
"Did the Jews pray as Muslims do ?!"
http://www.jews-for-allah.org/Jews-and-Muslims-Agree/Jews-prayed-like-Muslims.htm
Moslems prayer at:
http://www.bbc.co.uk/religion/galleries/salah/
It is worth noting that the word in Arabic for prayer is Salah and in Aramaic is SLOOTAA!
Pray in Arabic is SALEE and in Aramaic is SAALEE!
Go to this site and listen to how Jesus spoke!
http://www.learnassyrian.com/aramaic/church/church.html Auteur : adamatatenguk Tags: malaysia melayu islam gadis umno pas pkr dap haram fakta  | | ustaz azhar idrus - air mazi & qada sembahyang - 170 sec ustaz azhar idrus - air mazi & qada sembahyang Auteur : laguuntukmu Tags: ustaz azhar idrus air mazi qada sembahyang  | | Asal usul sembahyang islam dari kristian coptic - 126 sec seakan2 sama.filem dari extreme pilgrim http://torrent-finder.com/open/21-SUMO%20Torrent/Extreme+Pilgrim Auteur : adamatalihat Tags: melayu malaysia hukum haram halal  | | penghayatan sembahyang - 211 sec segala kebaikkan bermula dari solat..sempurna solat kita maka sempurnalah hidup kita. opleh itu, betulkanlah dulu solat kita sblm kita nk mmbetulkan yg lainnya. Auteur : jalanserentak Tags: mawaddah sembahyang kebaikkan solat almashoor remaja harapan  | | Sembahyang bersama kuningan ( 2 ) - 290 sec sembahyang anak bali di los angeles pada hari raya kuningan Auteur : neovaio74 Tags: lagu bali  | | Nak sembahyang yerrrr? - 111 sec cute right? cute habisss nyer. Auteur : yoshikunchun Tags:Baby Elly konon2nyer sembahyang.  | | Wirid selepas Sembahyang - 37 sec Wirid di Surau Kg Dato' Kamaruddin Bidor Auteur : idearimba Tags:pray Bidor sembahyang  | | Ustaz Azhar Idrus - Mayat Yang Haram Di Sembahyang - 86 sec Ustaz Azhar Idrus - Mayat Yang Haram Di Sembahyang Auteur : laguuntukmu Tags: Ustaz Azhar Idrus Mayat Yang Haram Di Sembahyang terengganu  | | Sembahyang bersama kuningan ( 1 ) - 179 sec sembahyang bersama hari kuningan di santa clarita Auteur : neovaio74 Tags: lagu bali  | | Tikar Sembahyang - 61 sec Tikar Sembahyang ( Miracle ) Auteur : zomingel Tags:Tikar Sembahyang  |
|