| Kerajaan di Tepi Bengawan - 285 sec Putri Rumbay sedang meratap. Menerawang ke depan ke masa yang belum datang... Hatinya gundah, apakah ia dan saudara-saudaranya akan mampu membawa serta Dinasti Mataram yang mengalir di dalam tubuhnya kembali ke jaman keemasan...? Auteur : fictiongod Tags:Jawa Indonesia dokumenter solo keraton fictionary  | | KERAJAAN BN YANG ZALIM DAN GILA. Antara Janji dan Jasa - 206 sec Kepada penonton semua, sila sebarkan kepada ahli umno di kampung2 di bandar2. Kebanyakan orang tidak tahu kezaliman yang sedang dilakukan oleh pemimpin pilihan mereka.
Menunjukkan sebahagian daripada kegilaan dan kezaliman kerajaan BN. Merobohkan lebih kurang 300 rumah di Kampung Rimba Jaya Selangor dan Kampung Bujal Terengganu.
Diselitkan juga rintihan rakyat yang telah dizalimi
Firman Allah, Al-Baqarah ayat 114
Lebih kurang bermaksud:
Dan siapakah yang ,ebih zalim dari orang-orang yang menghalang dari nama Allah disebut didalam masjid lalu berusaha merobohkannya?? Mereka itu tidak pantas memasuki melainkan dengan perasaan takut (kepada Allah). Mereka mendapat kehinaan didunia dan di akhirat mendapat azab yang bera
cukup lah dengan sandiwara barisan nasional, rakyat sudah muak,INI masa untuk TUKAR KERAJAAN...
Kepada penonton semua, sila sebarkan kepada ahli umno di kampung2 di bandar2. Kebanyakan orang tidak tahu kezaliman yang sedang dilakukan oleh pemimpin pilihan mereka. Ayuh!!! Parlimen telah dibubarkan, mari kita tukar kerajaan zalim. InsyaAllah. Amin Ya Allah. Amin... Bersama kita berdoa memohon pertolongan Allah. Auteur : kudalautmasin Tags: parlimen pilihan raya politik malaysia melayu masjid kristal rock umno pas roboh rumah zalim ceramah batu burok remaja  | | PR Akan Ambil Kerajaan Pusat Ogos Ini - Realiti? - Part 1 - 439 sec Betulkah pakatan rakyat akan ambil alih tampuk pemerintahan kerajaan malaysia ogos ini? Sama-sama kita nilai luahan hati ahli parlimen BN dari sabah ini di dalam dewan rakyat. Auteur : ramadhan84 Tags: parlimen dewan rakyat pkr pas dap pakatan lompat umno bn kerajaan sabah malaysia 2008  | | Kerajaan Malaysia Dikawal Khairy | Menantu Pak Lah - 124 sec Malaysia Auteur : malaysianews Tags: Khairy Jamaluddin Pak Lah Abdullah Ahmad Badawi Tingkat Tun Dr. Dr Mahathir  | | Propaganda Kerajaan - Rukun Negara - 264 sec Rukunegara or sometimes Rukun Negara is a philosophy - de facto Malaysian pledge of allegiance - introduced by the Malaysian government 1970 in reaction to a serious race riot known as the May 13 Incident which occurred in 1969. The incident proved at that time that Malaysian racial balance and stability was fragile at best. Immediately thereafter, the Malaysian government immediate sought ways to foster unity among Malaysians. One of methods used to encourage unity is the Rukun Negara. The Rukun Negara was introduced on the 13th Malaysian national day, which fell on August 31 each year.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan Auteur : kaycomplex Tags:malaysia jabatan penerangan propaganda 13 may mei 1969 tun razak  | | Kerajaan Pusat Abaikan kebajikan Pekerja - Abdulah Sani - 170 sec ... Auteur : keadilantv Tags: MTUC Abdullah Sani Pakatan Rakyat Parlimen Gaji Minima  | | Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak - 316 sec Impian rakyat Malaysia untuk mencapai kemerdekan 'sebenar' semakin hampir. Auteur : BisnezTDTone Tags: anwar ibrahim malaysia baru parlimen liwat permatang pauh minyak bisnes perniagaan buat duit wang kaya internet mlm telekomunikasi website  | | Jom Tukar Kerajaan | Ini Semua Kerja Orang Gila - 310 sec Mari Kita Ubah Kerajaan Malaysia !
Download MP3:-
http://hanief.blogspot.com/#box Auteur : malaysianews Tags: Malaysia Pilihanraya Umum ke 12 PRU12 PRU Samy vellu UMNO PAS PKR DAP Kepala batas DVD Gay Singapore Menteri PM  | | Proses ambil alih kerajaan mengikut jadual - Anwar - 568 sec Oleh: Edi Suleiman
Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengulangi jaminan dan keyakinannya bahawa Pakatan Rakyat(PR) akan mengambilah tampuk pemerintahan negara sebelum 16 September ini.
Menurutnya, pelaksanaan untuk matlamat itu masih mengikut jadual dan perkembangan terbaru politik di tanahair dengan tindakan terakhir dibuat oleh kerajaan BN pimpinan Umno menaikkan kadar minyak yang begitu tinggi dan mendadak itu menyemarakkan satu petanda akhir menunjukkan mereka tidak mempunyai keupayaan menguruskan ekonomi dan negara.
"Maka kita berpandangan bahwa cukup bukti mereka tidak ada keupayaan dan seharusnya kerajaan umno BN meletakkan jawatan dan sekaligus perkembangan terkini telah menjadikan keadaan semasa lebih menarik (bagi Ahli Parlimen BN menyertai PR) kini," katanya dalam sidang media yang diadakan 8 Jun lalu, di Ibupejabat baru KeADILan di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya.
Beliau berkata rakyat, termasuk penyokong Umno dan BN kini menyedari bahawa pemimpin Umno telah mungkir janji dan membebankan mereka serta gagal menguruskan ekonomi dengan berkesan.
Sehubungan itu, katanya, tiada asas moral bagi mereka untuk kekal dan menyokong kepimpinan kerajaan BN di bawah Umno yang jelas telah menghampakan rakyat.
Komponen parti PR sepakat terima MP BN(tajuk)
Apabila ditanya wartawan mengenai pendapatnya berhubung kemungkinan langkah ahli parlimen BN menyertai PR tidak diterima oleh parti komponen lain dalam PR, beliau berkata perbincangan awal antara beliau, KeADILan, Pas dan DAP merumuskan bahwa isu berkenaan tidak relevan.
"Mereka menerima hakikat dan akan mempertimbangkan permohonan daripada sesiapa sahaja yang menerima dasar serta agenda Pakatan Rakyat. Realiti politik semasa dengan jaminan menetapkan agenda ekonomi baru sudah bertapak.
Sebaik sahaja mereka menerima agenda yang diketengahkan, kami menganggap mereka adalah sebahagian daripada pakatan rakyat," ujarnya lagi.
"Dalam keadaan biasa, kami tidak menggalakkan tindakan melompat parti tetapi hanya berbuat demikian apabila mereka (Ahli Parlimen BN) sudah tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan di samping kegagalan kerajaan BN di bawah Umno untuk menguruskan ekonomi.
Ini ditambah dengan keengganan pemimpin BN menerima hakikat realiti politik dan ekonomi negara sekarang termasuk ketidaksediaan mereka untuk melaksanakan pembaharuan di negara ini," katanya lagi.
Anwar, 18 April lalu, dalam satu temubual eksklusif dengan Suara Keadilan berkata bahawa jumlah Ahli-ahli Parlimen yang diperlukan untuk menguasai kerajaan Malaysia sudah mencukupi dan cuma menunggu masa untuk bertindak.
Sebelum itu, pada 14 April lalu, dalam satu perhimpunan di padang Kelab Sultan Sulaiman, di Kampung Baru untuk menyambut tamatnya tempoh larangan beliau untuk bertanding, beliau juga telah membuat pengumuman yang sama kepada ribuan hadirin yang menghadiri majlis itu. Auteur : keadilantv Tags: Anwar Pakatan Rakyat Lompat Parti BN MIC MCA PPP  | | PR Akan Ambil Kerajaan Pusat Ogos Ini - Realiti? - Part 2 - 460 sec Selepas Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman mengulas mengenai isu lompat parti, pada 7 mei lalu, hari ini di parlimen muncul pula kenyataan terbuka Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghafur Salleh mengenai isu yg sama. Auteur : ramadhan84 Tags: parlimen dewan rakyat pakatan pkr pas dap umno bn lompat kerajaan malaysia 2008  | | Rasuah & Polis lemah, Salah Kerajaan - 542 sec kadar jenayah yang tidak dapat di bentras dan di selesaikan adalah faktor dimana menunjukan kegagalan polis gagal menunaikan tanggungjawab dengan baik.. Auteur : keadilantv Tags: Manikavasagam Zulkifli Keadilan Sidang Parlimen Polis Rasuah  | | Pembentukan Kerajaan Perak Selesai! - 117 sec Gambar:
http://tinyurl.com/2qrgcc
IPOH, 31 Mac (Tvpas)-Seramai 10 anggota mesyuarat Kerajaan Negeri Perak selesai mengangkat sumpah jawatan mereka Sabtu lalu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di depan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Mereka masing masing enam wakil DAP, tiga PKR dan satu PAS akhirnya selesai membentuk kerajaan setelah tiga minggu pilihanraya berlalu.
Namun portfolio bagi kesemua 10 exco akan diumumkan kemudian.
Dalam pilihanraya yang lalu Ketiga-tiga parti pembangkang memperoleh 31 daripada 59 kerusi dengan pecahan 18 DAP, tujuh PKR dan enam PAS.
Turut hadir di majlis itu, Raja di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, setiausaha kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan beberapa wakil rakyat BN.
Berikut senarai menuh barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang baru:
Wakil PAS
Mohd Zainudin Mohd Yusof (ADUN Lubok Merbau).
Wakil PKR
Tai Sing Ng (Kuala Sepetang),
Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang),
Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering).
Wakil DAP
Ngeh Koo Ham (Setiawan),
Nga Kor Ming (Pantai Remis),
Su Keong Siong (Pasir Pinji),
Chen Fook Chye (Keranji),
A. Sivanesan (Sungkai),
Seah Leong Peng (Pasir Bedamar) Auteur : batugiling Tags: perak ir nizar pas pkr dap barisan rakyat  | | Solat Hajat untuk Kerajaan PAS Kelantan - 151 sec Kelantan, hadiah persaraan Tan Sri Rashid kepada BN?
Mohd Rashidi Hassan
Apakah Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung sekarang ini akan menyaksikan kejutan besar dengan kemenangan besar Barisan Nasional akibat penipuan yang dilakukan, hasil usahasama Suruhanjaya Pilihan Raya yang diketuai Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman?
Untuk rekod, Parlimen beberapa bulan lepas baru sahaja meluluskan had persaraan umur kakitangan kerajaan termasuk badan yang dikuasai kerajaan, sekaligus BN menyambung khidmat Rashid di SPR.
Sumber yang boleh dipercayai mendakwa, Rashid ada memberitahu rakan-rakan rapatnya di SPR bahawa beliau yakin kali ini BN akan menang dengan kelebihan tiga atau empat kerusi iaitu sekitar 26 kerusi dari keseluruhan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Spekulasi ini dikuatkan dengan perancangan jahat BN yang diketuai oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberitahu juak-juaknya bahawa beliau akan 'membuat apa sahaja' untuk memastikan BN menguasai Kelantan.
Usaha ini dilakukan dengan begitu agresif walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal, semata-mata untuk menyelamatkan maruah bapa mertuanya yang semakin tercalar.
Dengan angkuh dan bongkaknya juak-juak Khairy memberitahu wartawan dalam dan luar negeri bahawa kali ini mereka akan 'menawan' Kelantan.
Hakikat sebenarnya, Khairy mahu membuktikan kepada penentangnya, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa di zaman Mahathir Kelantan terlepas, di zaman Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Kelantan dikembalikan kepada BN.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=12840&Itemid=28
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3582/84/ Auteur : kelateku Tags: Salam Pantai Timur  | | Jom Tukar Kerajaan | Ini Semua Kerja Orang Gila 2 - 318 sec Mari Kita Ubah Kerajaan Malaysia !
Download MP3:-
http://hanief.blogspot.com/#box Auteur : malaysianews Tags: Malaysia Pilihanraya Umum ke 12 PRU12 PRU Samy vellu UMNO PAS PKR DAP Kepala batas DVD Gay Singapore Menteri PM  | | TV3 memfitnah Kerajaan Negeri KEDAH lagi...(ISU BANJIR) - 124 sec http://kedahlanie.blogspot.com/2008/10/laporan-buletin-utama-tv3-dibidas.html
ISU BANJIR TV3 - KENYATAAN AKHBAR DARI PEJABAT MB...... PENTING
Kepada;
Semua Ketua Biro
Media cetak/eletronik 23 Syawal 1429
23 Oktober 2008
Assalamualaikum / Salam Sejahtera
KENYATAAN AKHBAR
Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh
22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagal
mendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.
Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatu
yang boleh digolongkan sebagai:
1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah
2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.
3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktober
telah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerang
dan Dun Anak Bukit khususnya.
Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd.
Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan seperti
beras, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita,
biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjir
di Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di Dun
Guar Chempedak.
Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan dan
Wanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di Parlimen
Padang Terap dan Pokok Sena.
Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakan
lawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan,
Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PAS
Kawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun Anak
Bukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.
Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu
dan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dan
tindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan dan
pertolongan berjalan dengan lancar.
Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihak
MADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.
TV3 juga 'highlight' kan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikan
setakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenai
prosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteks
menyalurkan bantuan kewangan.
Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaan
akan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkan
kerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.
Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu pun
sehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya,
bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.
Petikan ayat ' sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada di
luar Negara ketika ini" juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuah
ilusi pemberitanya.
Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misi
menarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19
Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.
Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsa
banjir dapat pulang ke rumah masing-masing.
Sekian, terima kasih
Yang Benar
(MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)
Setiausaha Akhbar kepada
YAB Menteri Besar Kedah Auteur : TVkedah Tags: TV3 Fitnah Kerajaan Negeri KEDAH  | | anwar ibrahim - kerajaan mempertaruhkan nyawa perajurit kita - 403 sec Ringkasan Parlimen
Anwar kecam kerajaan perjudi nyawa parajuit negara
PARLIMEN, 30 OKTOBER (SK)- KETUA pembangkang, Anwar Ibrahim melahirkan kekecewaan beliau dengan tindakan Menteri Pertahanan sebelum ini Najib Abdul Razak yang memperjudikan nyawa parajuit negara dengan meluluskan kontrak Eurokopter tanpa ujian fizikal.
Kekecewaan ini dinyatakan oleh Mantan Timbalan Perdana Menteri itu dalam satu sidang media di ruang legar Parlimen tengah hari tadi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyifatkan pembelian berkenaan hanyalah sekadar dilihat dari dokumen yang disediakan tanpa ujian fizikal.
USUL tergempar YDP Putuskan isnin
[terkini 1 PM]PARLIMEN 30 OKTOBER (SK) - YANG Dipertuan Dewan Rakyat akan memutuskan keputusan usul Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Usul berkenaan ialah membincangkan usul tergempar berkenaan isu pembelian Eurocopter, Maybank dan jalur lebar.
12pm (30 Oktober):
Pendirian Pakatan Rakyat Konsisten dalam isu 153.
Dalam membalas serangan Ahli Parlimen Pasar Salak (BN), Ahli Parlimen Ipoh Timur (DAP), Lim Kit Siang mengatakan pendirian yang konsisten daripada Pakatan Rakyat dalam soal Perlembagaan 153.
Iaitu:
-Mendaulatkan Raja-raja Melayu
-Mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi
-Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Auteur : anikinderef Tags: www.projekx.blogspot.com anwar ibrahim mahathir vs pak lah khairy jamaluddin kj umno pas parlimen pkr pr dap bn latest 2008 2009 september  | | ANWAR BAYANGKAN PERALIHAN KERAJAAN AIDIL ADHA INI - 163 sec ramadhan84 Auteur : ramadhan84 Tags: pas pkr dap umno bn pakatan rakyat barisan nasional adil parlimen najib anwar malaysia negara pemuda mahasiswa abdullah pak lah badawi  | | skandal orang kerajaan - 76 sec ni pun nak jadi chua soi lek la nie... Auteur : mrisaac77 Tags: cium lif kerajaan malaysia umno chua soi lek skandal  | | TV3 Memfitnah Kerajaan dan Sultan kedah - 137 sec Buletin Utama semalam menyiarkan satu fitnah kononnya kerajaan Kedah melakkan pembaziran dengan menyewa sebuah jet untuk dinaiki ... Auteur : greenboc Tags: TV3 Fitnah Sultan Kedah Azizan  | | Projek Ternakan Babi Kuala Langat Dilulus oleh Kerajaan BN - 447 sec Shah Alam, 8 April - Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor menyuarakan hak mereka bahawa pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.
"Projek Ternakan Babi di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.
"Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor" kata kenyataan tersebut.
Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.
"Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Ternakan Babi Moden. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa."
Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar 'one stop' yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.
Kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor. Auteur : keadilantv Tags: Penternak Kinzir modern Selangor ladang khinzir  |
|